Friday, June 28, 2013

Dlm hati ada taman




Terjumpa quote ni masa tgh search lagu.
Baca je terus tersenyum.
Betul jugak apa yg di tulis tu....
Kannnn?????
Cptla Jumaat...





Thursday, June 27, 2013

Hanyalah pendapat sendiri bila mana kes makin ramai anak luar nikah dilahirkan dan dibuang, dibunuh terutama yg muslim la kan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, bila anak tu dah buat salah, kita sebagai ibu dan bapa jangan melatah, cuba tenangkan diri.
Memang kita akan rasa marah, sedih, kecewa dan malu pada jiran2 dan saudara mara.
Perkara dah jadi, seeloknya jangan marah.
Apa yang patut kita buat adalah mencari penyelesaian utk masalah tersebut.
Ye la, kawan dah buat salah, semua orang pandang serong pada dia. Kita sebagai parents kenalah bagi sokongan. Janganlah kita menghukum dia, kita manusia tak layak untuk menghukum manusia yang lain. Itu adalah urusan ALLAH Yang Maha Esa.
Manusia mana yang tak buat salah, kita semua bukannya sempurna. Bantu lah dia, nasihat kan dia, jaga lah dia sampai dia bersalin dan habis berpantang. Jangan risau,setiap kebaikan dan penat lelah yang kita buat dihitung oleh ALLAH SWT. Anak yang lahir tu tak bersalah, hanya menjadi mangsa keadaan, mangsa kejahilan ibu dan ayah dia.  Anak tu suci, bersih.
Kalau boleh, jaga dan didiklah anak tu dgn ilmu agama supaya apabila dia besar nanti dia tak akan ulang kesalahan ibu dan ayah dia.



Wednesday, June 26, 2013

Tudung Lagi

Aduhai....camne nk buat ni ek????
Ada ubat tak nak hilangkan kegilaan membeli tudung online ni...
Haihhhh..bulan ni je dah 3 helai tudung, tak termasuk yang mertua belikan...
Tapi kan, bukan beli tak pakai pun,ye dakkkk???
Bak kata mak mertua "beli tudung tak pe...."
Bila teringat kata-kata emak, lega sikit hati ni, terus semangat gitu...
Bukan apa, sebagai isteri, kenalah menjaga penampilan terutama di depan suami...pahala tu, bukan maksud jaga penampilan tu kena make up tebal2,bergincu bagai (aku tak pakai gincu..sekian) cukuplah sekadar kemas, bersih, wangi dan sedap mata suami memandang kita...kata nak syurga  kan??
So kunci syurga tu ada pada suami:)

Ewahhh..ewahhh..panjang pulak bebelnya (yg sebenarnya nak sedapkan hati je..heeee)
Actually..dah sambar satu shawl dari Radiusite, sebelum tekan confirm order, hati kata tanya suami dulu, ingatkan dia nak say NO, sekali suami cakap " kaler sesuai dgn ayg..kalo ayg dah berkenan,beli je la"....
Aisehhh..hehehehe..terima kasih abam besau :)
Bukan senang nak beli tudung radiusite ni, baru advertise dah sold out..kira rezeki la hari ni..
Apa pun Alhamdulillah....




Inilah shawl yang aku sambar dari Radiusite:)
Model cun, shawl pun cun...


Tuesday, June 25, 2013

Demi Masa..............

Bila bertandang ke blog orang lain,satu perkataan je yg keluar..cantik..blog sendiri???heeee..nantilah aku deko..
Masih belum berkesempatan nak make over itu ini..masa banyak nak buat benda lain..
Ni pun singgah sekejap sbb anak tido, kunun2nya hari ni cita2 nk masak laksa johor..dah teringin sgt tekak ni nak makan since makan kat kenduri kawen member sekampus, nak mkn bertambah segan pulak-.-
Tapi kan, bila double check balik brg dan kaedah penyediaan..errrrr..rasanya2 kena posponed la projek ni~
Emmmmm..rasanya simpan dulu la..mmandangkan si kenit yang tak boleh berenggang,ibu hilang sekejap dah nangis..huhuhu..tggu je la weekend nati..sabar la ye..



Inilah pengarang hati,jantung,limpa dan semua isi perut ibu dan ayah..dah besar dah nk masuk 6 bln,sekejap je masa kan???
Pic ni snap masa nak ke klinik, monthly check up..

Monday, June 24, 2013

Projek Jerebu

Adehhh..sesak nafas dah rasanya..baru je baik batuk, tp semenjak jerebu mggu lepas dtg balik dah batuk ni..sabar je la..dugaan semua ni..panas toksah ckp la,anak pun ngaruk je..kita yg tua takpe, tp kesian kat baby, tak selesa..rumah plak takde aircond...apa boleh buat, sabar je la...

Disebabkan tak boleh nak kemana2 mggu ni, maka terhasillah projek dari dapur...gigih menyiapkan blueberry cheese tart wat kudapan kitorg laki bini...
Kali ni try deco cenggini, boring asyik deco bunga yg sama je..kali ni deco ala2 bunga orked gitu.
Ingat Jovian Mandagie je ada produk orked..kehkehkeh..
Suami mcm biasa la, asyik la tutup bukak peti ais,bukan sbb panas tp dsbbkan benda alah ni kan simpan dlm tu..
Next time nak wat lagi lah :)

Tuesday, June 11, 2013

Terjebak lagi

Cita2 bulan ni kunun2nya xnk terjebak dgn shopping online,nk simpan duit...emmmm..terjebak jugak akhirnya..kena kosongkan akaun la camni..
Aku beli novel,beli tudung (blm dpt lg confirmation email)..
Haishhhhh...

#Pic atas ni sebijik mcm aku masa bujang2 dulu jek....huhuhu~

Tuesday, June 4, 2013

Sedetik

Akibat bosan dgn cerita ulang tayang astro,so aku pun layan la dvd Talentime, filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Al fatihah untuk beliau.....
Aku mmg suka sgt citer ni, sgt2 menyentuh hati ditambah dgn lagu2 yg best tapi sbnrnya ada sesuatu yg lain pd citer ni.
Filem ni mengingatkan aku pd seseorang,yg  mana masa tu kami tgk citer ni sesama sblm kami buat keputusan berpisah. Semoga dia bahagia skrg ni.
Masing2 pun dah ada kehidupan sendiri tapi kenangan tu memang susah nk buang kan??
Bukan tu je,kenangan bersama rakan2 asrama di UTM, Skudai.
kalau la masa tu boleh diundurkan,rasa nk betulkan semua perkara yg tak sepatutnya aku buat tapi takpelah,itu semua pengajaran untuk diri aku. 
Apa pun yg dah terjadi dan bakal terjadi hidup perlu diteruskan.







Wednesday, May 15, 2013

Rindu

Sekejap je dah pertengahan bulan. Byk lg rasanya tak buat untuk pencapaian diri.
Takpelah, mungkin belum sampai rezeki.
Sabar je la.
Arini rasa rindu nk sarung heels 4,5 inci...
Emmm..bila la boleh pakai balik ye.....






Tuesday, April 30, 2013

~my birthday~

Minggu ni baru dapat rehat sikit rasanya...SIKIT..sbb husband tak keja oustation, tp syukur jugak ada adik kat rumah, dia baru je hbs belajar so sementara nk keja atau sambung bljr balik blh la tlg2 jagakan baby adam..huuuu..kalo tak, ibunye dah mcm zombie takpun mcm hantu kak limah..terkejar sana sini siapkan keja umah kdg mandi tak sampai 10min, agak2 basah badan,sabun dan bilas..rambut pun tak sempat nk cuci, penyudahnya pegi kedai je la cuci rambut. ada jugak tukang urut kepala dan bahu..lega sikit..nak wat camni pun kena tggu suami balik tp takpelah,pengorbanan menjadi ibu camtulah...

This week pun kena setelkan kain baju,nak balik kampung la katakan..slps 3bulan tak balik kg,itupun sbb PRU13,nk memangkah undi..
Mmg rutin kalo nk kemana2 setelkan kain baju supaya balik rumah takdelah kero bijik mata nengok rumah bersepah tambah kain baju..
Beli baju rajin tp nk mengelola kain baju MALAS...hehehehe~

Nak bgtau, hari ni birthday kita yg ke 27th..huuuu...cepat je masa berlalu,ada lagi 3 tahun nk cecah umur 3 siries.
Encik suami dah wish pagi td sblm g keja dan satu benda yg dia sebut harap2 dapat tambah baby lagi tahun ni...erkkkk~i am considered...in sha ALLAH~doakan ye..nk bg adam ni adik..hehehe~
Suami kata lg mlm ni nak bwk mkn kat luar..eceh...kita tgk mana dia nk bwk mkn mlm ni....
Happy birthday to me,tak nk mntak byk..semoga ALLAH panjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik demi nak menjaga suami dan anak2...amin~




pic kredit Google

Tuesday, April 9, 2013

Suami oh suami....

Hari ahad lepas member nk dtg rumah,nak melawat anak..so bincang2 dgn suami menu utk jamu kawan tu,sepakat la nk masak mee bandung..
Disebabkan si anak yg tak boleh berenggang dgn ibunya waima sekejap,maka si ayah la kena pegi beli barang2 memasak,antaranya ayam seekor...
Selepas 20min,suami balik dgn barang memasak tadi dgn bangganya suami ckp semua brg ada
Semua betul ada termasuk la ayam tu..betul seekor ayam dibelinya tapi.............



Emmmmm.....
Bila kita tanya nape tak suruh pekerja kedai tu potong ayam sekali, dijawabnya "lor...boleh ke potong sekali??"
Aduhai suami -__-

Thursday, March 28, 2013

fuyoooooooooo...lama gila tak jengah blog..sibuk gila menguruskan anak,suami dan rumah sampai diri sendiri tak terurus..huhuhu..alhamdulillah,anak dah masuk umur 3 bulan dan semakin bambam..lenguh hokey nk dukung dia skrg.. awal tahun aritu kunun2nya nk kumpul pinggan mangkuk,sudahnya ke laut..sibuk mengumpul baju2 anak.. smlm plak duk layan fb,tetiba ada plak flyers kat wall member promote happy call pan..sudahnya terjebak beli jugak satu,yg paling excited haruslah encek suami(sbb bgtau blh wat beger bakor,pdhal non stick ada je kat rumah)nk try terus mlm ni katenyeeeeeeeeeeeee....dari duit tu pegi ke benda lain,baiklah beli benda yg blh pakai lama..ye dak???

Wednesday, January 30, 2013

huarggggggggggggg..mengantuk,penat.. Semalam bwk adam pegi klinik,cek samada ada kahak atau tak..alhamdulillah,doc ckp jantung dan peparu adam ok.. Mungkin bunyi yg adam selalu buat tu bunyi susu dia... risau juga kan kalo baby ada kahak..kesian plus kalo dibiarkan lama2 boleh dtgkan masalah lain pulak mcm asma... lepas ke klinik pegi ke plaza angsana pulak,saja tgk2 barang baby..Ada sale la pulak,nati lepas gaji lah pegi.. Balik rumah,Adam terus meragam..menangis bagai,entah la kenapa..ibu pujuk tak jalan,ayah pujuk baru ok..terus lena..kembung perut rasanya sbb keluar pakai rompers pendek...kesian anak ibu,kembung perut.....

Sunday, January 6, 2013

Minat Tahun Baru

Sekejap je dah tahun baru ye, naik setingkat lagi umur..In sha ALLAH.... So bila dah jadi isteri ni,timbul minat-minat yang pernah terfikir masa bujang tapi tak berminat nak buat. Kalau dulu tak minat pokok bunga tapi lepas kahwin beratur pasu bunga aku kat koridor..kehkehkeh~tp yg masih hidup ada la tiga pasu je..hahahaha~takpe,usaha lagi... Sekarang ni ada pulak minat baru, haishhh..macam-macam..minat nak kumpul pinggan mangkuk pulak. Bulan disember tahun lepas, tinggal sebulan dengan mertua disebabkan suami outstation sebulan ke KL. So apa lagi,balik kampung aku ambil setengah dozen piring dan setengah dozen pinggan. Suami tegur buat apa ambil pinggan banyak-banyak,nak buat apa,nak letak mana.Banyak pulak soalan dia.Taulah kita nak simpan mana, nak buat apa..hehehehe~
 Dia tak tau kalau hari raya ke,kawan-kawan ofis dia datang rumah,pinggan mangkuk tu la yang diguna nak letak lauk bagai hidang kat derang.Kan??? Masa nak balik JB pulak,mak mertua kasi satu set sudu,garfu,semua lengkap la.Tak pakai katanya,mak beli masa pergi langkawi.Mak mertua aku lagi hebat,set pinggan mangkuk dia penuh semua lemari. Bukan set sudu je,balang tempat letak biskut raya pun dia bagi,tp aku tak boleh letak biskut sebab tak muat nak masuk jari,mungkin aku nak buat tempat letak garam ke,ajinomoto ke,cukup rasa ke, rempah-rempah ke... Minggu lepas masa belanja barang-barang rumah pun,aku pergi tengok set-set pinggan mangkuk. Nak Tahun Baru Cina ni kan mana tau ada sale. Kot. Takpe..kita tunggu bulan depan,dekat-dekat depa nak raya..mesti banyak sale..rasanya kat Jusco Tebrau City mesti ada sale..emmmm..jap,celah mana dalam kabinet tu nak letak aaaaaa???ahhh..relaks je..mesti ada tempat punya..bak kata suami, kita yang buat dia,bukan dia yang buat kita..tak gitu????