Wednesday, January 30, 2013

huarggggggggggggg..mengantuk,penat.. Semalam bwk adam pegi klinik,cek samada ada kahak atau tak..alhamdulillah,doc ckp jantung dan peparu adam ok.. Mungkin bunyi yg adam selalu buat tu bunyi susu dia... risau juga kan kalo baby ada kahak..kesian plus kalo dibiarkan lama2 boleh dtgkan masalah lain pulak mcm asma... lepas ke klinik pegi ke plaza angsana pulak,saja tgk2 barang baby..Ada sale la pulak,nati lepas gaji lah pegi.. Balik rumah,Adam terus meragam..menangis bagai,entah la kenapa..ibu pujuk tak jalan,ayah pujuk baru ok..terus lena..kembung perut rasanya sbb keluar pakai rompers pendek...kesian anak ibu,kembung perut.....

Sunday, January 6, 2013

Minat Tahun Baru

Sekejap je dah tahun baru ye, naik setingkat lagi umur..In sha ALLAH.... So bila dah jadi isteri ni,timbul minat-minat yang pernah terfikir masa bujang tapi tak berminat nak buat. Kalau dulu tak minat pokok bunga tapi lepas kahwin beratur pasu bunga aku kat koridor..kehkehkeh~tp yg masih hidup ada la tiga pasu je..hahahaha~takpe,usaha lagi... Sekarang ni ada pulak minat baru, haishhh..macam-macam..minat nak kumpul pinggan mangkuk pulak. Bulan disember tahun lepas, tinggal sebulan dengan mertua disebabkan suami outstation sebulan ke KL. So apa lagi,balik kampung aku ambil setengah dozen piring dan setengah dozen pinggan. Suami tegur buat apa ambil pinggan banyak-banyak,nak buat apa,nak letak mana.Banyak pulak soalan dia.Taulah kita nak simpan mana, nak buat apa..hehehehe~
 Dia tak tau kalau hari raya ke,kawan-kawan ofis dia datang rumah,pinggan mangkuk tu la yang diguna nak letak lauk bagai hidang kat derang.Kan??? Masa nak balik JB pulak,mak mertua kasi satu set sudu,garfu,semua lengkap la.Tak pakai katanya,mak beli masa pergi langkawi.Mak mertua aku lagi hebat,set pinggan mangkuk dia penuh semua lemari. Bukan set sudu je,balang tempat letak biskut raya pun dia bagi,tp aku tak boleh letak biskut sebab tak muat nak masuk jari,mungkin aku nak buat tempat letak garam ke,ajinomoto ke,cukup rasa ke, rempah-rempah ke... Minggu lepas masa belanja barang-barang rumah pun,aku pergi tengok set-set pinggan mangkuk. Nak Tahun Baru Cina ni kan mana tau ada sale. Kot. Takpe..kita tunggu bulan depan,dekat-dekat depa nak raya..mesti banyak sale..rasanya kat Jusco Tebrau City mesti ada sale..emmmm..jap,celah mana dalam kabinet tu nak letak aaaaaa???ahhh..relaks je..mesti ada tempat punya..bak kata suami, kita yang buat dia,bukan dia yang buat kita..tak gitu????