Friday, June 28, 2013

Dlm hati ada taman




Terjumpa quote ni masa tgh search lagu.
Baca je terus tersenyum.
Betul jugak apa yg di tulis tu....
Kannnn?????
Cptla Jumaat...





Thursday, June 27, 2013

Hanyalah pendapat sendiri bila mana kes makin ramai anak luar nikah dilahirkan dan dibuang, dibunuh terutama yg muslim la kan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, bila anak tu dah buat salah, kita sebagai ibu dan bapa jangan melatah, cuba tenangkan diri.
Memang kita akan rasa marah, sedih, kecewa dan malu pada jiran2 dan saudara mara.
Perkara dah jadi, seeloknya jangan marah.
Apa yang patut kita buat adalah mencari penyelesaian utk masalah tersebut.
Ye la, kawan dah buat salah, semua orang pandang serong pada dia. Kita sebagai parents kenalah bagi sokongan. Janganlah kita menghukum dia, kita manusia tak layak untuk menghukum manusia yang lain. Itu adalah urusan ALLAH Yang Maha Esa.
Manusia mana yang tak buat salah, kita semua bukannya sempurna. Bantu lah dia, nasihat kan dia, jaga lah dia sampai dia bersalin dan habis berpantang. Jangan risau,setiap kebaikan dan penat lelah yang kita buat dihitung oleh ALLAH SWT. Anak yang lahir tu tak bersalah, hanya menjadi mangsa keadaan, mangsa kejahilan ibu dan ayah dia.  Anak tu suci, bersih.
Kalau boleh, jaga dan didiklah anak tu dgn ilmu agama supaya apabila dia besar nanti dia tak akan ulang kesalahan ibu dan ayah dia.



Wednesday, June 26, 2013

Tudung Lagi

Aduhai....camne nk buat ni ek????
Ada ubat tak nak hilangkan kegilaan membeli tudung online ni...
Haihhhh..bulan ni je dah 3 helai tudung, tak termasuk yang mertua belikan...
Tapi kan, bukan beli tak pakai pun,ye dakkkk???
Bak kata mak mertua "beli tudung tak pe...."
Bila teringat kata-kata emak, lega sikit hati ni, terus semangat gitu...
Bukan apa, sebagai isteri, kenalah menjaga penampilan terutama di depan suami...pahala tu, bukan maksud jaga penampilan tu kena make up tebal2,bergincu bagai (aku tak pakai gincu..sekian) cukuplah sekadar kemas, bersih, wangi dan sedap mata suami memandang kita...kata nak syurga  kan??
So kunci syurga tu ada pada suami:)

Ewahhh..ewahhh..panjang pulak bebelnya (yg sebenarnya nak sedapkan hati je..heeee)
Actually..dah sambar satu shawl dari Radiusite, sebelum tekan confirm order, hati kata tanya suami dulu, ingatkan dia nak say NO, sekali suami cakap " kaler sesuai dgn ayg..kalo ayg dah berkenan,beli je la"....
Aisehhh..hehehehe..terima kasih abam besau :)
Bukan senang nak beli tudung radiusite ni, baru advertise dah sold out..kira rezeki la hari ni..
Apa pun Alhamdulillah....




Inilah shawl yang aku sambar dari Radiusite:)
Model cun, shawl pun cun...


Tuesday, June 25, 2013

Demi Masa..............

Bila bertandang ke blog orang lain,satu perkataan je yg keluar..cantik..blog sendiri???heeee..nantilah aku deko..
Masih belum berkesempatan nak make over itu ini..masa banyak nak buat benda lain..
Ni pun singgah sekejap sbb anak tido, kunun2nya hari ni cita2 nk masak laksa johor..dah teringin sgt tekak ni nak makan since makan kat kenduri kawen member sekampus, nak mkn bertambah segan pulak-.-
Tapi kan, bila double check balik brg dan kaedah penyediaan..errrrr..rasanya2 kena posponed la projek ni~
Emmmmm..rasanya simpan dulu la..mmandangkan si kenit yang tak boleh berenggang,ibu hilang sekejap dah nangis..huhuhu..tggu je la weekend nati..sabar la ye..



Inilah pengarang hati,jantung,limpa dan semua isi perut ibu dan ayah..dah besar dah nk masuk 6 bln,sekejap je masa kan???
Pic ni snap masa nak ke klinik, monthly check up..

Monday, June 24, 2013

Projek Jerebu

Adehhh..sesak nafas dah rasanya..baru je baik batuk, tp semenjak jerebu mggu lepas dtg balik dah batuk ni..sabar je la..dugaan semua ni..panas toksah ckp la,anak pun ngaruk je..kita yg tua takpe, tp kesian kat baby, tak selesa..rumah plak takde aircond...apa boleh buat, sabar je la...

Disebabkan tak boleh nak kemana2 mggu ni, maka terhasillah projek dari dapur...gigih menyiapkan blueberry cheese tart wat kudapan kitorg laki bini...
Kali ni try deco cenggini, boring asyik deco bunga yg sama je..kali ni deco ala2 bunga orked gitu.
Ingat Jovian Mandagie je ada produk orked..kehkehkeh..
Suami mcm biasa la, asyik la tutup bukak peti ais,bukan sbb panas tp dsbbkan benda alah ni kan simpan dlm tu..
Next time nak wat lagi lah :)

Tuesday, June 11, 2013

Terjebak lagi

Cita2 bulan ni kunun2nya xnk terjebak dgn shopping online,nk simpan duit...emmmm..terjebak jugak akhirnya..kena kosongkan akaun la camni..
Aku beli novel,beli tudung (blm dpt lg confirmation email)..
Haishhhhh...

#Pic atas ni sebijik mcm aku masa bujang2 dulu jek....huhuhu~

Tuesday, June 4, 2013

Sedetik

Akibat bosan dgn cerita ulang tayang astro,so aku pun layan la dvd Talentime, filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Al fatihah untuk beliau.....
Aku mmg suka sgt citer ni, sgt2 menyentuh hati ditambah dgn lagu2 yg best tapi sbnrnya ada sesuatu yg lain pd citer ni.
Filem ni mengingatkan aku pd seseorang,yg  mana masa tu kami tgk citer ni sesama sblm kami buat keputusan berpisah. Semoga dia bahagia skrg ni.
Masing2 pun dah ada kehidupan sendiri tapi kenangan tu memang susah nk buang kan??
Bukan tu je,kenangan bersama rakan2 asrama di UTM, Skudai.
kalau la masa tu boleh diundurkan,rasa nk betulkan semua perkara yg tak sepatutnya aku buat tapi takpelah,itu semua pengajaran untuk diri aku. 
Apa pun yg dah terjadi dan bakal terjadi hidup perlu diteruskan.